Media Centre

Back

Friday, 22 Jul 2016

Atlet Olimpik Rio dibekal losyen penghalang nyamuk

SHAH ALAM – Kontinjen negara yang akan menyertai Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil bakal dibekalkan dengan losyen penghalang nyamuk (Denguard Plus Insect Repellent Lotion) bagi mengurangkan risiko terdedah dengan gigitan nyamuk sekali gus virus Zika.

SHAH ALAM – Kontinjen negara yang akan menyertai Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil bakal dibekalkan dengan losyen penghalang nyamuk (Denguard Plus Insect Repellent Lotion) bagi mengurangkan risiko terdedah dengan gigitan nyamuk sekali gus virus Zika.

Pengarah EntoGenex Industries Sdn Bhd (EntoGenex), Dr Neil Ranaweera berkata, pihaknya begitu berbesar hari setelah terpilih untuk bekerjasama bagi melindungi atlet Malaysia daripada jangkitan virus Zika.

“Zika sudah tentu menjadi kebimbangan kami di EntoGenex. Sebarang jangkitan yang didapati di Brazil dan kemudiannya dibawa ke rumah ada peluang tersebar di Malaysia.

“Dengan keadaan demam denggi begitu tinggi di negara ini, kita tidak boleh ambil mudah memandangkan vektor kedua-dua penyakit ini sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, losyen yang disumbangkan untuk kontinjen negara itu turut digunakan dalam program Komuniti Bebas Denggi (KBD) yang terbukti berjaya mengurangkan kes denggi sebanyak 54.7 peratus di 13 kawasan panas di seluruh negara.

EntoGenex juga sedang mencari peluang untuk menyebar luaskan sistem KBD secara global termasuk Brazil dan India.

“Kami sudah dalam perbincangan dengan rakan kongsi dari Brazil, BioLotus Biotech untuk memasarkan sistem dan produk tersebut ke Brazil.

“Ia dalam proses pendaftaran produk ini dengan pihak berkuasa di negara tersebut,” katanya.

image

Dr. Neil Ranaweera bersama Tunku Tan Sri Imran dan Tan Sri Al-Amin Majid dalam pelancaran losyen penghalang nyamuk bagi atlet Olimpoik Rio 2016.

Originally published by Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/nasional/atlet-olimpik-rio-dibekal-losyen-penghalang-nyamuk-1.538336

 

Show Buttons
Hide Buttons