Media Centre

Back

Denggi meningkat 25 peratus minggu pertama 2017

Thursday, 26 Jan 2017 / Admins / In Dengue

SHAH ALAM – Sebanyak 1,663 kes demam denggi dilaporkan berlaku di seluruh negara sejak 1 Januari, tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus iaitu sebanyak 334 kes berbanding minggu sebelumnya.

“Terdapat 10 negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya di mana kes paling tinggi dicatatkan di Johor (84 kes) dan Putrajaya (83 kes).

“Terdapat dua kes kematian dilaporkan dari 1 Januari hingga 7 Januari 2017,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat agar lebih peka dan mengambil tindakan segera jika berdepan dengan simptom demam denggi.

“Perlu diingatkan, sehingga kini, pihak kami masih belum menemui vaksin untuk mencegah jangkitan denggi.

“Masyarakat juga perlu ambil langkah-langkah pencegahan denggi untuk menghampuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk di sekitar kediaman atau menggunakan bahan pembunuh jentik-jentik pada takungan air yang kekal bagi membunuh jentik-jentik nyamuk aedes,” katanya lagi.

This article first appeared in: http://www.sinarharian.com.my/nasional/denggi-meningkat-25-peratus-minggu-pertama-2017-1.612309

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons